Kenaikan kadar harga hotel di Mekah, Madinah di luar kawalan kerajaan – Menteri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KENAIKAN kadar harga hotel di Mekah dan Madinah yang melambung tinggi ketika ini adalah di luar kawalan kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Na’im Mokhtar.

Menurut Na’im, kenaikan kadar harga hotel itu adalah impak daripada kenaikan kos di negara Arab Saudi, sekaligus memberi kesan kepada jemaah umrah yang datang ke sana.

“Kami melihat situasi ini adalah impak daripada kenaikan kos di negara Arab Saudi. Ia tentunya memberi kesan bukan setakat kepada jemaah umrah negara Malaysia bahkan kepada jemaah negara-negara lain juga.

“Walau bagaimanapun, saya mengharapkan pihak agensi umrah dapat mempertimbangkan ruang dan kaedah terbaik agar kenaikan kos keseluruhan yang dikenakan tidak melampau sehingga membebankan bakal jemaah umrah,” katanya menerusi perkongsian di media sosial hari ini.

Baca lagi: Harga pakej umrah mungkin meningkat – MATTA

Mengulas lanjut, Na’im berkata, beliau ketika ini berada di Arab Saudi bagi mewakili negara untuk menghadiri Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023.

Jelas Na’im, beliau akan mengemukakan isu kenaikan kos tersebut kepada Menteri Haji Kerajaan Arab Saudi selain berbincang isu-isu berkaitan pengurusan haji dan umrah.

Terdahulu, media melaporkan, bakal jemaah umrah diminta bersiap sedia sekiranya dimaklumkan berlaku kenaikan harga pakej umrah oleh agensi pelancongan masing-masing pada saat akhir sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci.

Naib Presiden Haji dan Umrah Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Mohd Azri Abdul Razak, dilaporkan berkata kenaikan harga itu berpunca daripada kenaikan mendadak kadar harga hotel di Kota Makkah dan Madinah pada masa ini.

Katanya, peningkatan harga hotel itu mengakibatkan harga pakej umrah yang sudah ditetapkan oleh segelintir agensi pelancongan, terpaksa dinaikkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kertas siasatan aduan terhadap Azam Baki diklasifikasi NFA

KERTAS siasatan berhubung pengaduan Tei Jiann Cheing (Albert Tei) terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan...

More Articles Like This