Harga pakej umrah mungkin meningkat – MATTA

Dari Penulis

HARGA pakej umrah yang sudah ditetapkan oleh segelintir agensi pelancongan mungkin terpaksa dinaikkan.

Naib Presiden Haji dan Umrah Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Mohd Azri Abd Razak berkata, ia berpunca daripada kenaikan mendadak kadar harga hotel di Kota Mekah dan Madinah ketika ini.

Justeru, katanya, bakal jemaah umrah diminta bersiap sedia sekiranya dimaklumkan berlaku kenaikan harga pakej oleh agensi pelancongan pada saat akhir sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci.

“Kenaikan harga ini dipercayai berpunca daripada permintaan yang tinggi di hotel terutamanya di Kota Madinah.

“Ia berikutan peningkatan jumlah jemaah umrah di seluruh dunia apabila kerajaan di negara masing-masing membuka sempadan selepas situasi pandemik COVID-19 beransur pulih.

“Bukan harga hotel sahaja yang meningkat, malah harga pengangkutan dan tiket penerbangan juga semakin membebankan khususnya ketika musim kemuncak,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: PH masih pembangkang di Johor namun hubungan dengan BN sangat baik

Mohd Azri menambah, pihaknya khuatir perkara itu menimbulkan kemarahan jemaah yang mendesak untuk menurunkan kadar pakej umrah bagi mengekalkan harga yang ditawarkan oleh agensi pelancongan masing-masing.

Situasi itu, katanya, akan menyebabkan pihak agensi pelancongan menghadapi kesukaran mendapatkan pengesahan tempahan walaupun sudah menjelaskan bayaran penuh kepada pihak hotel.

“Kenaikan harga mendadak oleh pihak hotel juga membuatkan agensi pelancongan tersepit dan tiada pilihan selain menaikkan harga pakej terhadap jemaah umrah.

“Dengan keadaan dan kecelaruan yang berlaku sekarang, pihak MATTA meminta agar semua jemaah umrah untuk bersabar dan memahami situasi ketidaktentuan yang berlaku di Madinah dan Mekah,” katanya.

Dalam pada itu, katanya MATTA juga mendapat aduan mengenai kesulitan membawa pulang air zam zam oleh jemaah umrah, terutamanya di lapangan terbang Jeddah.

Jelas Mohd Azri, MATTA sudah mengutarakan isu itu kepada Saudi Tourism Authority (STA) untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kebenaran membawa pulang air zam zam menggunakan visa pelancong.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas utus surat kepada Bersatu, beri cadangan perkukuhkan PN – Muhyiddin

PAS dilaporkan menghantar surat kepada Bersatu berkenaan hubungan di antara kedua-dua buah parti, selain cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional...

More Articles Like This