SPRM tahan bekas pengerusi NGO bergelar datuk berusia 47 tahun kes tuntutan palsu

Dari Penulis

SEORANG bekas pengerusi dan seorang bekas bendahari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan berjumlah lebih RM11,000.

Menurut sumber, bekas pengerusi NGO yang bergelar Datuk itu berumur 47 tahun, manakala bekas bendaharinya pula berumur 43 tahun melakukan perbuatan tersebut dua tahun lepas.

“Kedua-dua lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Johor di sini antara pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam tadi selepas hadir memberi keterangan.

“Difahamkan, kira-kira penghujung Jan 2021, mereka mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan yang berpusat di daerah Johor Bahru, bagi kerja-kerja pembekalan dalam melaksanakan program rawatan dan pemulihan, sedangkan pembekalan itu tidak dilaksanakan,” menurut sumber.

Baca lagi: Kes Menara KL: SPRM tahan dua datuk

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan kedua-dua penahanan itu.

“Kedua-dua lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini hari ini bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This