Infrastruktur desa di Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan, sama di Semenanjung

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMBANGUNAN infrastruktur kawasan desa di Sabah dan Sarawak perlu dipertingkatkan pada tahap sekurang-kurangnya menyamai dengan apa yang telah dibangunkan di Semenanjung.

Nada itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang melihat pembangunan di Sabah dan Sarawak masih terkebelakang setakat ini.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, keseimbangan pembangunan desa antara wilayah dalam negara perlu disegerakan.

Kata beliau, secara keseluruhan, infrastruktur desa di Semenanjung berada pada tahap memuaskan, namun perkara sama perlu ditingkatkan di Sabah dan Sarawak.

Hal demikian kerana, Ahmad Zahid berkata, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak akan membuatkan kedua-dua negeri itu mempunyai saling hubungan.

“Sabah dan Sarawak telah berada di tahap wilayah. Ia bukan hanya perlu dibangunkan tetapi setelah lebih 60 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, perimbangan antara wilayah itu perlu diperkirakan dan disegerakan.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan Perpaduan di Sabah tidak sukar untuk diterjemahkan – Ahmad Zahid

“Pada keseluruhan, infrastruktur desa di Semenanjung telah berada di tahap memuaskan namun saya melihat infrastruktur di Sabah dan Sarawak harus dipertingkatkan untuk sekurang-kurangnya menyamai Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sembang Santai Bersama Media di Menara Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) juga akan memberi tumpuan kepada isu jurang pendapatan dan kadar kemiskinan antara penduduk luar bandar, pinggir bandar dan dalam bandar.

Katanya, garis kemiskinan seperti yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan telah berubah berdasarkan kepada situasi ekonomi semasa dan kuasa beli pada pengguna.

“Secara relatifnya, kemiskinan tidak hanya dilihat di desa tetapi harus juga dilihat di pinggir bandar.

“Lebih parah lagi kemiskinan dalam bandar itu telah meningkat. Kita melihat kemiskinan tegar dalam bandar telah menyamai kemiskinan tegar di desa,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This