Polis menahan pemandu treler yang merempuh sembilan kenderaan dalam satu kemalangan di KM 307.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Gopeng, malam tadi.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata dalam kejadian kira-kira 10.40 malam itu, lelaki berusia 36 tahun dari Bukit Mertajam Pulau Pinang tersebut dipercayai gagal menekan brek ketika berada di selekoh hingga merempuh kenderaan di hadapannya.
“Saringan air kencing terhadap pemandu treler juga mendapati negatif dadah dan alkohol. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca : Pemandu bas ekspres maut, lapan cedera dalam kemalangan di Kulai
Mohd Yusri berkata ketika kejadian cuaca baik namun keadaan jalan gelap kerana tidak berlampu serta melibatkan jalan dua lorong dan sedikit selekoh.
Beliau berkata kenderaan yang dirempuh membabitkan dua treler dan tujuh buah kereta.
Awal pagi tadi, Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dibantu anggota dari Tapah memaklumkan lapan cedera dan diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala tujuh lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
— BERNAMA
Tuesday , 10 January 2023
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

