TULAR sebuah klip video memaparkan aksi seorang pencuri membatalkan niat selepas terlihat pemilik masih berada di dalam kedai.
Pencuri tersebut sempat meloloskan separuh badan sebelum disapa pemilik yang tidur di dalam premis.
Kejadian dilapor berlaku pada pukul 1.38 pagi kelmarin dan mula tular di Indonesia sejak semalam.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup, pencuri yang berpakaian serba hitam itu dilihat cuba masuk ke dalam kedai dengan melalui pintu hadapan.
Bagaimanapun, apabila pencuri tersebut berjaya masuk, secara tiba-tiba dia ditegur pemilik kedai yang terjaga selepas terdengar bunyi bising.
Baca artikel : Pekerja kaku lihat lauk-pauk bertaburan selepas rak cermin pecah
Pemilik kedai kelihatan terkejut, tetapi dengan tenang menghadapi situasi itu.
Pemilik tersebut bertanyakan sesuatu kepada pencuri tersebut sebelum dia kemudian bertindak keluar semula melarikan diri.
Tinjauan UtusanTV di ruangan komen mendapati warganet turut terhibur akan kejadian tersebut.
“Yang punya toko ramah bangettt…. udah tutup aja masih nyapa pelanggan yang mau nerobos,” ujar Iyanriyan_to.
“Maling: Eh maaf salah, kirain toilet mas,” kata Atmazaeni.
“Y punya toko : Surprise,” komen Rianaakw.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

