Kazar Saisi nak berehat, penat kena buli

Dari Penulis

PELAKON Kazar Saisi seakan meluahkan perasaan letih selepas kontroversi membabitkan perknikahan anaknya, Ira Kazar dan pengarah, Syamsul Yusof.

Nama Kazar antara yang menjadi ‘buruan’ banyak pihak termasuk media yang sudah cuba menghubunginya untuk mendapatkan kenyataan berhubung isu terbabit namun tiada satu pun panggilan dijawab pelakon veteran ini.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, pelakon berusia 63 tahun itu memberi bayangan ingin berehat seketika dan berharap keadaan akan kembaki baik.

“Rehat sekejap, penat kena buli.

“Jumpa nanti pada hari yang baik nanti,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bersama-sama dengan kapsyen terbabit, Kazar memuat naik foto berwarna hitam.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof mengaku dah nikah dengan Ira Kazar, minta Puteri Sarah pulang ke rumah untuk selesaikan konflik rumah tangga

Pada Jumaat lalu, Syamsul mendedahkan sudah bernikah dengan Ira di Thailand dengan berwalikan Kazar.

Berikutan itu, Kazar turut terpalit dengan kontroversi dengan membenarkan anak perempuannya berkahwin dengan Syamsul.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This