Ketua mafia Itali paling dikehendaki ditahan selepas 30 tahun bersembunyi

Dari Penulis

SEORANG ketua mafia paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro ditangkap polis ketika menerima rawatan kanser di sebuah hospital swasta dekat Palermo, Milan, 10 pagi semalam.

Pendakwa raya Maurizio de Lucia berkata, Messina Denaro yang menjadi buruan sejak tahun 1993 adalah salah seorang lelaki paling dikehendaki di Eropah.

Seramai 100 ejen khas dan anggota anti-mafia Carabinieri turut terlibat dalam operasi tangkapan ini.

Sementara itu, Ketua Polis Itali, Lamberto Giannini berkata, penahanan ketua mafia ini adalah satu kemenangan besar dan menzahirkan ucapan tahniah kepada anggota polis, tentera serta Pejabat Pendakwa Raya Palermo yang terlibat dalam operasi tersebut.

“Ia adalah kemenangan bagi semua pasukan polis yang telah bekerjasama selama bertahun-tahun untuk membawa pelarian berbahaya itu ke muka pengadilan,” katanya.

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni turut gembira dengan kejayaan ini dan menzahirkannya menerusi ciapan di Twitter.

“Ia satu kemenangan besar yang menunjukkan usaha tidak berputus asa dalam memerangi mafia,” ciapnya.

Difahamkan, Messina Denaro dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup susulan terlibat dalam insiden pembunuhan pendakwa raya anti mafia pada tahun 1992 iaitu Giovanni Falcone dan Paolo Borsellino.

Messina Denaro juga terlibat dalam jenayah pengeboman maut di Milan, Florence serta Rom pada akhir 1990-an.

Baca artikel : ‘Mafia’ mampu ‘beli dan kuasai’ tampuk PDRM, tentukan kedudukan pegawai – IGP

Selain itu, turut terlibat dalam pembunuhan anak lelaki seorang pemberi maklumat mengenai kegiatan mafianya.

Terdahulu, pasukan keselamatan anti-mafia telah merampas kira-kira RM14,049,272,160 (€3 bilion) aset kepunyaan sahabat, saudara, dan rakan sekerja yang menyokong kehidupan persembunyian Messina Denaro.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This