SEORANG lelaki ditahan selepas mengamuk bersenjatakan pisau pemotong daging di sebuah kawasan apartmen Taman Lembah Maju, Pandan Indah, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 10.51 pagi.
Beliau berkata, suspek berusia 45 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu berjaya ditahan oleh anggota polis pada pukul 11 pagi.
“Turut dirampas sebilah pisau pemotong daging berhulu kayu dengan lilitan tali rafia sepanjang 30 sentimeter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Amuk guna sabit selepas gagal jawab ujian lesen e-hailing
Jelasnya, semakan mendapati suspek mempunyai rekod menjalani rawatan di wad kuning pesakit mental di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Suspek kini dirujuk ke HKL dan ujian air kencing akan dilakukan selesai rawatan,” ujarnya.
Kes kini diklasifikasikan dibawah Seksyen 506 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

