LIMA perolehan yang melibatkan bekalan, perkhidmatan serta projek infrastruktur dibatalkan oleh Kementerian Pertahanan bagi mengelak berlaku ketirisan.
Kementerian memberitahu, kelima-lima perolehan itu sebaliknya akan dilaksanakan secara tender terbuka selaras dengan dasar kerajaan pada masa ini.
“Untuk makluman, Kementerian Pertahanan telah melaksanakan perolehan aset secara tender terbuka seperti mana keperluan bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Bermula 2023, lima perolehan melibatkan bekalan dan perkhidmatan serta projek infrastruktur telah dibatalkan dan akan dilaksanakan secara tender terbuka,” katanya seperti dilapor FMT, hari ini.
Baca artikel lain: TPM mahu Felcra rancang Transformasi 3.0, bantu aspek keselamatan makanan
Kementerian Pertahanan mengambil serius kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai ketirisan perbelanjaan yang disampaikan pada Majlis Dialog Belanjawan Kerajaan 2023 di Putrajaya, Selasa lalu.
“Justeru, sebarang ketirisan dan salah laku sepanjang proses tersebut adalah sesuatu yang tidak akan sesekali dikompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan tindakan salah laku demi kepentingan peribadi.
“Kementerian ini juga tidak akan teragak-agak untuk melaporkan sebarang ketirisan dan ketidaktelusan terhadap proses perolehan tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

