Pembukaan Kilang Baharu Adabi, Sasar Tembusi Pasaran Global

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Di dalam situasi krisis ekonomi ketika ini, Syarikat pengeluar makanan terkemuka Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, terus melangkah ke hadapan dengan membuka kilang baharu, bagi mengembangkan pengeluaran makanan di dalam tin dan sos serta produk sardin sedia ada sesuai dengan jenama Adabi yang semakin kukuh di pasaran.

Sesi temubual bersama Ketua Pegawai Kumpulan Kewangan dan Strategi Adabi, Tuan Syed Izmal Datuk Syed Manshor bersama pihak media.

Menurut Ketua Pegawai Kumpulan Kewangan dan Strategi Adabi, Tuan Syed Izmal Datuk Syed Manshor, kepelbagaian produk di pasaran merupakan cabaran Adabi, untuk mengeluarkan produk-produk yang lebih menarik supaya mampu berdaya saing dengan jenama-jenama besar dan sekaligus mengekalkan nama Adabi di peringkat tempatan dan dikembangkan sehingga ke pasaran antarabangsa.

Meskipun ketika ini, terpaksa berhadapan dengan krisis kenaikan harga barangan, Adabi mencari jalan yang terbaik untuk mengekalkan harga yang berpatutan agar tidak membebankan rakyat.

Pihak media turut berpeluang mendengar taklimat tentang pembuatan makanan dalam tin dan sos baharu Adabi sempena pembukaan kilang baharunya itu.

Kilang seluas 1.6 ekar ini mampu mengembangkan lagi keupayaan pengeluaran produk bagi memenuhi permintaan pasaran makanan dalam tin bagi pasaran tempatan dan untuk di eksport. Sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Produk Adabi disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan kilang baharu turut mendapat pengiktirafan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) serta mempunyai sijil perakuan FSSC, iaitu skim pensijilan lengkap untuk Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan dan model pensijilan yang digunakan dalam keseluruhan rantaian bekalan makanan untuk memastikan piawaian dan proses keselamatan makanan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Briar Resources Jamin Hak 200,000 Pekebun Kecil Terpelihara Susulan Pertikaian Kontrak

PEMEGANG lesen eksklusif bagi formulasi baja Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Briar Resources Sdn Bhd (Briar Resources) telah mengambil...

More Articles Like This