SEBANYAK 318 kes baharu CIVUD-19 dicatatkan di dalam negara semalam, dengan satu daripadanya merupakan kes import menjadikan jumlah keseluruhan kepada 5,033,943.
Sinar Harian melaporkan berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tiada kematian yang direkodkan akibat wabak itu pada Khamis.
Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 36,923.
Baca artikel lain: Syarikat penerbangan perlu tumpu aspek operasi, elak kelewatan
Sementara itu, kes sembuh dicatatkan pula adalah sebanyak 331, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,986,643.
Dalam pada itu, kes aktif COVID-19 kini direkodkan sebanyak 10,377 dengan 9,960 daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) sementara 398 pesakit dirawat di hospital dengan 19 daripadanya di unit rawatan rapi (ICU).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram