DUA murid perempuan berusia 17 tahun maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Rusa, Balik Pulau, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 10.10 malam.
Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa seorang mekanik yang memandu Proton Waja dalam perjalanan dari Georgetown ke Kuala Sungai Pinang.
“Sampai di lokasi, pemandu Waja telah bertembung dengan sebuah motosikal yang dinaiki oleh mangsa dipercayai telah memotong sebuah kereta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Dua maut dalam kemalangan lori kontena dekat Plaza Tol Port Dickson
Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal disahkan maut di lokasi kejadian sementara pembonceng meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Sementara pemandu Waja mengalami luka di pipi kanan.
Beliau berkata, kes kini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

