Komitmen Perdana Menteri jayakan MA63 melalui Malaysia Madani mesti disokong

Dari Penulis

KOMITMEN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjayakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui agenda Malaysia Madani mesti disokong semua pihak khususnya pimpinan dan rakyat di Sabah dan Sarawak, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Penampang, Sabah berkata komitmen Anwar dalam menjayakan MA1963 telah diterjemahkan melalui beberapa keputusan segera kerajaan Persekutuan sebaik beliau mengambil alih teraju kepimpinan negara.

“Ini sangat penting kepada rakyat Sabah dan Sarawak kerana kita akan menyambut ulang tahun penubuhan negara Malaysia yang ke-60 pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Malaysia Madani ganti konsep Keluarga Malaysia

Anwar ketika berucap menyampaikan amanat ‘Membangun Malaysia Madani’ di sini semalam memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak akan meminggirkan masyarakat minoriti di negara ini termasuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Ewon turut menyambut baik pengumuman Anwar menjadikan Malaysia Madani sebagai kerangka dasar baharu Kerajaan Perpaduan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan mendukung dan melaksanakan sepenuhnya agenda Malaysia Madani itu.

Konsep Madani yang dibawa Kerajaan Perpaduan dirangka sebagai usaha untuk memetakan strategi mentadbir negara dengan lebih berkesan.

Istilah “Madani” merujuk kepada tata kelola atau tadbir urus yang adil dan berkesan bagi memperkukuh lapan keperluan iaitu ekonomi, kewangan, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, budaya, bandar dan luar bandar.

“Saya bersetuju bahawa inilah asas yang boleh mencipta lonjakan baharu kepada negara supaya disegani oleh masyarakat dunia,” kata Ewon.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This