Guna Jata Persekutuan tanpa kebenaran boleh didenda, penjara

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PENGGUNAAN Jata Persekutuan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan boleh didenda atau dipenjara.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi ciapan di laman Twitter hari ini memaklumkan, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Jata Persekutuan adalah hak kerajaan Persekutuan dan merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu serta diwartakan pada 27 Mei 1952.

Kegunaannya adalah di bawah kuasa kerajaan Persekutuan dan penggunaannya dihadkan kepada kementerian, jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan apabila bertindak atas urusan rasmi masing-masing.

Baca artikel lain: LHDN berjaya pecah rekod kutipan hasil cukai – Ahmad Maslan

Sebelum ini media melaporkan penyalahgunaan dan pengubahsuaian Jata Persekutuan oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Akta 414).

JPM dalam kenyataannya berkata, Akta 414 menyatakan bahawa tiada sebarang salah guna atau ubah suai boleh dilakukan sesiapa saja kecuali dengan kebenaran bertulis menteri.

Menurutnya, kerajaan memandang serius pihak yang melanggar larangan tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This