Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. GAMBAR IHSAN: Pejabat Perdana Menteri

KERAJAAN Perpaduan yang dinakhodai Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan kerangka dasar baharu untuk negara yang dikenali ‘Membangun Malaysia Madani’ untuk mencorak masa hadapan negara.

Perkara itu diumumkan Anwar ketika menyampaikan amanatnya sebagai Perdana Menteri secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Malaysia Madani akan menggantikan konsep ‘Keluarga Malaysia’ ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, pemilihan tema Madani adalah kerana ianya akan kekal relevan dan mampu selamatkan negara.

Membangun Malaysia Madani terdiri daripada enam tonggak dasar iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakiNan) dan I (Ihsan).

Menurut Jabatan Perdana Menteri, amanat Perdana Menteri hari ini adalah berpaksikan latar pengalamannya dalam keprihatinan dan perjuangan rakyat bermula daripada gerakan pelajar, aktivis sosial, ahli politik, pemimpin kerajaan sehinggalah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Baca lagi: Kerajaan Keluarga Malaysia juga bela rakyat, kata Ismail Sabri

Agenda dasar kerangka MADANI bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan negara, tetapi turut menyentuh pencorakan masa hadapan serta memenuhi potensi rakyat serta negara.

“MADANI disasarkan untuk dijadikan dasar bagi setiap teras yang akan diteroka bagi memperkukuh lapan keperluan iaitu ekonomi dan kewangan, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, budaya, bandar dan luar bandar,” katanya.

Majlis Amanat Perdana Menteri diadakan sejurus selepas Program Wacana Membangun Malaysia Madani bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi ini, sebagai usaha untuk meneroka tonggak dasar berkenaan.

“Ia adalah usaha untuk memberi kefahaman yang lebih tuntas dalam kerangka pemikiran, falsafah, etika dan tindakan dalam membangun Malaysia MADANI.

“Wacana ini disampaikan oleh empat ahli panel yang terdiri daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Presiden Kolej Dar Al-Hikmah, Datuk Prof Muhd Nur Manuty; Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE), Datuk Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dan Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Prof Dr Haslinda Abdullah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram