Masakan Cina, banyak menggunakan bawang putih, kicap, minyak bijan dan halia. Kombinasi bahan-bahan segar ini, diolah dengan baik menjadi satu hidangan yang cukup enak.

Gabungan penggunaan rempah dan herba, menjadikan masakan Cina ini mempunyai banyak khasiat. Masyaraka Cina lebih menggemari masakan bersup dan agak jarang menyediakan menu yang pedas. Yang paling penting, masakan Cina akan dinikmati ketika masih panas.

IKAN STIM BAWANG PUTIH GORENG

BAHAN
1 ekor ikan kerapu
2 cm halia – hiris nipis
10 ulas bawang putih cincang
2 tangkai daun kucai – potong panjang 3 cm
2 sudu besar minyak masak

BAHAN SOS
2 ½ sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak masak
2 sudu besar air

BAHAN HIASAN
2 tangkai kucai – potong panjang 3 cm
1 tangkai cili merah – potong halus
2 cm lobak merah – potong halus
Sedikit daun parsli Cina
Sedikit bawang putih – cincang

CARA PENYEDIAAN :

1.Bersihkan ikan kerapu, kemudian potong lebar bentuk rama-rama.

2.Masukkan hirisan halia dan bawang putih ke dalam rongga-rongga badan ikan.Ketepikan.
3.Panaskan pengukus,kukus ikan selama 16 minit.
4.Setelah ikan masak, Keluarkan dari pengukus dan tuskan.
5.Panaskan minyak masak dan curahkan ke atas ikan.
6.UNTUK SOS : Satukan ke semua sos di dalam kuali.Masak seketika, setelah sos mendidih, tuangkan di atas ikan.
7.Hiaskan dengan daun kucai, cili merah, lobak merah, daun parsli dan bawang putih.

PETUA SAJI : bagi memastikan ikan betul-betul masak, isi ikan dan tulang senang tercabut tanpa melekat.

AYAM PANGGANG KERABU MANGGA MUDA

BAHAN
1 ekor ayam
300 ml sos cili Thai
200 gm mangga muda – hiris halus
4 tangkai cili padi – hiris
1 labu bawang besar – hiris
2 tangkai daun ketumbar
10 ml jus limau
20 ml sos plum
5 ml sos ikan
Sedikit minyak masak
Garam

CARA PENYEDIAAN :

1.Rebus ayam, masukkan madu dan cuka.
2.Setelah ayam empuk, keluarkan ayam dan gantung selama 6 jam.

3.Setelah air ayam kering, panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan ketepikan.
4.Hiris mangga muda, bawang besar dan cili padi.
5.Kemudian gaulkan dengan jus limau, sos ikan, sos plum dan garam.Ketepikan.

6.Potong ayam mengikut cita rasa, hiaskan dengan sos cili Thai dan kerabu mangga.

DAGING & PERIA TUMIS TAUCU

BAHAN
350 gm daging lembu – potong lebar dan hiris
1 biji peria – hiris, rendam dalam air garam
3 sudu besar minyak masak
2 ½ cm halia – cincang
1 labu bawang putih – cincang
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar taucu
2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka hitam
Sedikit air bancuhan tepung jagung
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Sedikit minyak bijan

BAHAN PERAP
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar kicap
Sedikit tepung jagung
Sedikit lada hitam
Sedikit minyak bijan

CARA PENYEDIAAN :

1.Perap daging dengan bahan perap selama 30 minit.

2.Celurkan peria hingga lembut, Angkat dan tuskan.

3.Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih sehingga naik bau.
4.Masukkan daging, masak sebati.
5.Kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat, taucu dan cuka hitam serta sedikit gula, masak sehingga wangi.

6.Selepas itu, masukkan peria dan gaul sehingga sebati.

7.Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sehingga kuah pekat.

8.Masukkan garam, lada hitam dan minyak bijan.
9.Taburkan biji bijan dan bolehlah dihidangkan.

SUP KELADI DENGAN KEKAPIS

BAHAN
500 gm keladi
100 gm kekapis
20 gm kekapis kering
1 sudu kecil susu segar
¼ sudu kecil garam
Sedikit sup ayam

CARA PENYEDIAAN :

1.Buang kulit keladi dan dihiris nipis.
2.Kemudian, kukus keladi sehingga lembut, lalu lenyek keladi tersebut.Ketepikan.

3.Rebus kekapis sehingga suku masak. Ketepikan.

4.Didihkan sup ayam dan masukkan keladi, kekapis dan kekapis kering.

5.Masukkan garam dan susu segar, kacau sebati.Bolehlah dihidangkan.

ITIK PANGGANG BERLOBAK

BAHAN
200 gm daging itik
150 gm lobak putih – hiris halus
50 gm lobak merah – hiris halus
50 gm cendawan hitam- hiris halus
½ sudu kecil sos tiram
2 sudu besar sos limau bali
Gula dan garam

CARA PENYEDIAAN :

1.Daging itik dihiris lebar dan nipis. Ketepikan.
2.Lobak putih,lobak merah dan cendawan hitam dihiris halus.
3.Panaskan minyak masak, tumiskan bahan yang telah dihiris halus dengan sos tiram.
4.Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

5.Ambil kepingan daging itik, letakkan bahan tumis di tengah-tengahnya.
6.Gulung hirisan itik dengan kemas.

7.Letakkan sedikit minyak di dalam kuali ‘non stick’, masak gulungan itik sehingga bertukar warna.

8.Setelah gulungan itik masak, tuangkan sos limau bali. Bolehlah dihidangkan.

UDANG KUKUS DENGAN KEPINGAN BONITO

BAHAN
250 gm kepingan bonito
150 gm udang
2 labu bawang besar – hiris
1 sudu kecil minyak bijan

CARA PENYEDIAAN :
1.Udang yang telah dibersihkan, dikukus selama 10 minit.
2.Hiris bawang besar dan ketepikan.
3.Keluarkan udang yang telah dikukus,letakkan di atas pinggan.
4.Renjiskan dengan sedikit minyak bijan dan hidangkan bersama bawang besar.
5.Taburkan kepingan bonito di atas udang.

PESAN SAJI : Bonito ialah sejenis ikan yang popular di Jepun.