Setiap kali tibanya Tahun Baharu Cina, yee sang antara menu tradisi turun temurun yang disajikan dengan penuh simbolik. Tidak lengkap kedatangan Tahun Baharu Cina tanpa yee sang, sebagai tanda pembuka hidangan.
Yee Sang atau ikan salmon mentah yang disajikan bersama hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, halia, bijan, serbuk rempah lima, kekacang tumbuk serta aneka sos dan sedikit perasa menjadikan ia satu hidangan yang menyelerakan dan bertuah bagi mereka yang dapat menikmatinya.
Uniknya, ketika proses mengadun dan melambung yee sang menggunakan penyepit, ia merupakan satu simbol kejayaan, kemewahan, kemakmuran, kebahagiaan dan rezeki yang akan tercapai pada tahun mendatang.
Sebelum proses mengadun yee sang, isi ikan salmon akan digaulkan dengan sos plum dan jus limau bertujuan untuk mengelakkan kemasukkan bakteria. Kemudian ke semua bahan hirisan disusun teratur di atas sebuah pinggan bulat.
Proses menggaul yee sang mengikut kreativiti tersendiri, menggunakan penyepit. Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi yee sang dilambung, semakin banyak kemakmuran serta dapat memberi kesihatan yang lebih baik bakal dinikmati sepanjang tahun.
Di Malaysia, hidangan yee sang sudah dihidangkan sejak tahun 1940-an dan mula disajikan di restoran sebagai pembuka hidangan kerana dipercayai mendatangkan tuah dan panjang usia bagi mereka yang menikmatinya.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

