LIMA termasuk dua kanak-kanak maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Batu 13, Kahang, Jalan Kluang-Mersing, Kluang, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Mohd Fauzi Md Nor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 4.40 petang yang melibatkan Perodua Myvi dan Honda Stream.

Beliau berkata mangsa yang maut menaiki Perodua Myvi, dikenali sebagai Masrina Kahdar, 21; Muhammad Zharfah Noramin, 16; Muhammad Syakir Noramin, 11; Mohammad Asyraf Radiq Abdullah, 11, dan Muhammad Adil Abdul Kadir, 23.

Katanya, mereka yang tercedera dalam kenderaan sama ialah Siti Nurzannah Kahdar, 26; Nur Annalesha Rania Mohammad Arifin, 7 serta seorang lagi lelaki dewasa berusia 20an yang tidak dikenal pasti identitinya.

Turut tercedera ialah pemandu dan penumpang kereta Honda Stream dikenali sebagai Zulkeflly Zakariah, 53; Kamariah Yusof, 48; dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang tidak dikenali identitinya, kata Mohd Fauzi.

BERITA BERKAITAN Lebuhraya DASH rekod kemalangan maut pertama, ragut nyawa penunggang motosikal

Beliau berkata kereta Perodua Myvi itu sedang menghala ke Kahang manakala kereta Honda Stream dalam perjalanan ke Kluang dan hujan renyai ketika insiden.

“Ketika bomba sampai, hampir kesemua mangsa telah dibawa keluar oleh orang awam. Pihak kami mengeluarkan seorang mangsa daripada dalam Honda Stream,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kluang untuk rawatan selanjutnya manakala yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram