Mimi Lana hanya impikan majlis perkahwinan sederhana

Dari Penulis

PELAKON tinggi lampai, Mimi Lana tidak berhasrat untuk diraikan dalam majlis perkahwinan serba mewah dan besar-besaran bersama kekasih hatinya Syafiq Kyle.

Sebaliknya, Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin,28, hanya mahu mengadakan sebuah majlis yang sederhana.

“Syukur Alhamdulillah dan terima kasih tidak terhingga atas segala doa yang baik daripada kalian. Saya sangat terharu dengan semua kata-kata baik yang diberikan.

“Bagi saya, 90 peratus adalah perancangan Allah, hanya 10 peratus datang daripada saya. Segala yang berlangsung merupakan di luar jangkaan saya.

“Bersederhana itu adalah impian perkahwinan saya dan semuanya direstui dengan mudah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana sudah dirisik Syafiq Kyle – “One step closer…,”

Mimi berkongsi impian perkahwinannya menerusi entri di Instagram.

Sementara itu, Mimi turut meluahkan rasa terharu kerana rasa disayangi oleh ramai pihak disekelilingnya dan perancangan untuk mendirikan hari bahagia tidak lama lagi juga turut dipermudahkan.

“Selama 27 tahun, ini kali pertama saya rasa sangat sangat disayangi semua orang sehingga tiada perasaan yang tidak baik terdetik dalam hati. Alhamdulillah.

“Terima kasih tidak terhingga Ya Allah dan keluarga, termasuk keluarga pasangan saya. Tiada kata yang dapat menggambarkan apa perasaan saya pada waktu ini.

“Allah SWT telah permudahkan segala-galanya dan saya akan terus berdoa agar urusan saya serta semua yang menyayangi dipermudahkan pada masa akan datang. Insya-Allah. Amin,” tulisnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This