DUA remaja cedera ditembak dalam satu pergaduhan membabitkan kira-kira 40 orang pelajar di Jalan Phraeksa, Mueang, Thailand, pagi semalam.

Memetik laporan Thailand Post, pergaduhan itu berlaku sewaktu 14 alumi Sekolah Chamni Teknologi Samut Prakan menunggang motosikal ke lokasi kejadian untuk menggantung papan tanda tarikh penubuhan sekolah tersebut.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba sekumpulan pemuda dari Sekolah Bangkok Chang yang menunggang motosikal bertindak membaling mercun bola.

Jurucakap Balai Polis Muang Samut Prakan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 1 pagi.

Baca : Salah faham punca peniaga, pengunjung OKU bergaduh di pasar malam

Katanya, sepasukan anggota polis bersama kakitangan Yayasan Samut Prakan Ruam Choren serta pegawai Por Tek Tung dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Mereka tiba di lokasi dan mendapati seorang remaja berusia 18 tahun cedera ditembak di lengan kanan.

“Bantuan pertolongan cemas diberikan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Samut Prakan bagi menerima rawatan,” katanya.

Difahamkan, turut ditemui enam kelongsong peluru di lokasi kejadian.

Tambahnya, pihak polis kemudian menemui seorang remaja berusia 17 tahun yang cedera ditembak di kedua-dua belah kakinya.

“Mangsa digegaskan ke hospital dan siasatan di tempat kejadian menemui sebuah beg kain putih, pistol pen dan tiga butir peluru di tepi jalan,” ujarnya.

Semakan kamera litar tertutup di lokasi kejadian mendapati terdapat sekumpulan pemuda merusuh di antara satu sama lain dengan menggunakan pisau dan pistol sehingga menyebabkan orang awam bersembunyi di dalam kedai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram