Bincang dahulu jika pemimpin UMNO yang dipecat nak sertai PKR – Rafizi

Dari Penulis

PERBINCANGAN oleh semua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu dilakukan sekiranya ada pemimpin UMNO yang dipecat mahu menyertai mereka.

Itu jawapan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ketika ditanya mengenai kemungkinan sekiranya ada pemimpin UMNO yang dipecat mahu menyertai parti itu.

Jelas Rafizi, beliau tidak boleh membuat keputusan secara berseorangan kerana ia perlu dibuat secara kolektif oleh semua pemimpin PKR.

“Yang itu kita kena bincang dahulu di peringkat parti. Ia bukan keputusan saya seorang.

“Saya rasa kita kena tengok perkembangan satu demi satu,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Baca lagi: PN, PAS sedia terima Khairy jika dipecat UMNO..”Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan” – Ahmad Samsuri

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, perbincangan di peringkat parti hanya akan dibuat sekiranya perkara tersebut timbul.

“Sekarang ini perkara itu tidak timbul. Kalau perkara ini timbul, barulah kita bincang tetapi belum lagi, maka setakat ini jadi spekulasi sahaja,” katanya.

Semalam, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan untuk memecat dan menggantung beberapa nama besar yang didakwa mensabotaj parti.

Antara yang dipecat ialah bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Noh Omar, 5 orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, 9 orang ahli UMNO Bahagian Putrajaya, 2 orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari negeri Pahang.

Manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan digantung keahlian selama enam tahun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kos PRN bukan untuk ‘dibahagi’ kepada rakyat, kata Reezal Merican

DAKWAAN bahawa kos penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diagihkan terus kepada rakyat disifatkan sebagai kenyataan populis yang...

More Articles Like This