8 Jenis Jambu Sedapnya Tak Terkata

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Buah jambu sememangnya enak dimakan apatah lagi dicicah dengan garam ataupun kicap yang diletakkan sedikit gula dan cili padi. Bagi penggemar buah jambu, sebenarnya ada banyak jenis-jenis jambu yang perlu anda tahu selain jambu batu.

JAMBU BERTIH – KREDIT GAMBAR – ANGGUN SERI

JAMBU BERTIH
Jambu bertih atau jambu lonceng terdapat dua warna iaitu merah dan putih. Rasanya rangup, ada yang masam ada yang manis. Saiz buahnya kecil sahaja.

JAMBU BRAZIL – KREDIT GAMBAR ORKID NURIMANI

JAMBU BRAZIL
Jambu ini berasal dari Brazil dan terdapat dalam dua warna iaitu merah dan kuning. Rasanya masam-masam manis seperti buah markisa.

JAMBU BOL

JAMBU BOL
Agak sukar ditemui kini. Pucuk jambu bol, boleh dijadikan ulam dan rasanya cukup lemak. Pokoknya akan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan sangat cantik.

JAMBU MAWAR KREDIT GAMBAR – AFIZAH ISA

JAMBU MAWAR
Mempunyai aroma berbau wangi. Pokoknya jarang diserang ulat dek kerana bau wanginya itu dan rasanya kelat. Buahnya pula jika jatuh ke tanah akan cepat lebam. Buahnya ada yang berwarna hijau, kuning dan merah kekuningan jika sudah terlalu masak.

JAMBU MADU

JAMBU MADU
Ada yang panggil jambu semarang. Bunganya berwarna putih dan tidak mengeluarkan bau. Buahnya berbentuk panjang. Berwarna merah dan kulitnya nipis, licin dan berkilat. Isinya berwarna putih. Rasanya manis dan rapuh.

JAMBU BOTOL

JAMBU BOTOL
Di kenali juga dengan nama jambu susu. Buahnya berwarna putih memanjang dan rasanya masam dan sedikit kelat. Jika ia terlalu masak, buahnya lembut dan berjus. Enak juga jika dibuat jeruk.

JAMBU BATU KREDIT GAMBAR : ORKID NURIMANI

JAMBU BATU
Dipercayai berasal dari Peru dan Mexico. Berbuah sepanjang tahun. Amalkan makan buah jambu batu, baik untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah. Ia mengandungi vitamin C, enam kali lebih banyak dari buah oren dan baik untuk kesihatan.

JAMBU AIR KREDIT GAMBAR : NORMIE AZIZ

JAMBU AIR
Kaya dengan vitamin A dan vitamin C. Amalkan makan jambu air, sangat baik untuk menjaga kesihatan gigi, gusi dan buah pinggang. Ia juga mengandungi banyak air, yang boleh diolah dijadikan jus.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This