TIMBALAN Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta semua pihak berlapang dada dan memberi peluang kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar membuktikan kemampuannya dalam memikul tanggungjawab sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.
Beliau berkata meskipun tanggungjawab itu bukan satu tugas mudah, pengalaman yang ada pada Nurul Izzah mampu memberi nilai tambah dalam menyumbang kepada penyelesaian pelbagai masalah membabitkan rakyat.
“Selain lantikan (Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan) yang dibuat oleh Perdana Menteri, Nurul Izzah juga mempunyai dua ijazah dan pernah menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
“Tentunya saya fikir kita boleh meletakkan keyakinan kepada beliau (Nurul Izzah) untuk menyelesaikan segala masalah membabitkan hal ekonomi, kewangan, kos sara hidup yang melingkari rakyat buat masa ini,” katanya.
Ahmad Faizal berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Kenduri Kesyukuran Perikatan Nasional (PN) Parlimen Tambun di Dewan Orang Ramai Sungai Tapah, hari ini.
Pada 29 Januari lepas, Nurul Izzah mendedahkan beliau telah dilantik menyandang jawatan berkenaan berkuat kuasa 3 Jan dan matlamat utamanya adalah untuk memperbaiki keadaan ekonomi rakyat selain isu kemiskinan, pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) di negara ini.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

