NURUL Izzah Anwar menafikan dakwaan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.
Hal itu selepas tular dakwaan di media sosial berhubung kedudukan beliau dalam kepimpinan PKR.
Katanya, beliau kekal komited menjalankan amanah yang diberikan selaras dengan mandat anggota parti dan proses demokrasi organisasi.
“Tiada sebarang perubahan berlaku dalam struktur kepimpinan sedia ada, dan fokus utama saya kini adalah untuk terus memperkukuh agenda perjuangan parti.
“Saya menghargai keprihatinan semua pihak, namun saya menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh dengan maklumat palsu atau spekulasi yang berniat jahat,” katanya.
Nurul Izzah menambah, segala maklumat sahih hanya akan disalurkan melalui kenyataan rasmi parti.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

