Elak lantik ahli keluarga pada masa hadapan – Rafizi Ramli

Dari Penulis

AMALAN nepotisme dengan melantik ahli keluarga ke jawatan tertentu dalam kerajaan perlu dielak pada masa akan hadapan.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyedari, kritikan diterima susulan pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohammed Iqbal sebagai pegawai khas kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

“Saya berpandangan beberapa perkara ini perlu dielakkan oleh mana-mana kerajaan pada masa akan datang.

“Bagaimanapun, bagi kes Nurul Izzah dan Iqbal, pelantikan sudah pun dibuat,” katanya dipetik Harian Metro, hari ini.

Beliau pada masa sama berharap, agar pelantikan dapat menambah nilai hasil akhir yang diharapkan.

Baca artikel lain: PM ucap selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada penganut Hindu

“Ia tidak melibatkan dana awam. Apa yang kita harapkan sekarang ialah mereka perlu buktikan mereka akan membawa nilai tambah. Saya yakin mereka ada peranan masing-masing,” kataya .

Terdahulu, Anwar dikritik hebat selepas melantik Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Sementara itu, Rafizi berkata, pihak yang terbabit dalam membuat keputusan sedemikian wajar mengambil perhatian terhadap pandangan rakyat.

“Di peringkat PKR, kita harap kita ‘move on’ dan cabaran itu ada pada Nurul Izzah dan Iqbal untuk membuktikan mereka ada nilai tambah dalam keadaan mereka tidak mengambil sebarang wang rakyat. Sudah pasti saya faham sentimen itu,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bersatu persoal mesyuarat PN diteruskan ketika semakan JPPM belum selesai

BERSATU mempertikaikan tindakan Perikatan Nasional (PN) meneruskan Mesyuarat Majlis Tertinggi Tergempar gabungan itu walaupun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)...

More Articles Like This