DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada peluang bagi anaknya Nurul Izzah menyalahgunakan kedudukan sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan perdana menteri.
“Tidak ada kemungkinan (Nurul Izzah) menggunakan kedudukan itu untuk mengumpul kekayaan dan mempengaruhi keputusan mengenai tender, kontrak atau projek,” kata Perdana Menteri dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Kuala Lumpur hari ini.
Presiden PKR itu mengulas kontroversi pelantikan Nurul Izzah sambil menegaskan anak sulungnya itu tidak menerima sebarang elaun, selain daripada mempunyai kelayakan mencukupi untuk membantunya di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.
Anwar berkata, beliau memerlukan kepakaran dimiliki Nurul Izzah dan kedudukannya dalam jawatan itu untuk mengkritik serta meneruskan agenda tadbir urus yang baik.
Pelantikan menjadi kontroversi dalam pentadbiran kerajaan masa kini yang mana Anwar merupakan seorang pemimpin yang begitu tegas menolak kronisme dan pemilihan saudara mara dalam pelantikan jawatan dan pemberian kontrak kerajaan.
Pelbagai pihak mengkritik kelayakan Nurul untuk menjadi penasihat kewangan kerana beliau hanya mempunyai kelulusan dalam kejuruteraan dan dasar awam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

