Tiga ADUN Warisan umum keluar parti, umum sokong Kerajaan Sabah pimpinan Hajiji

Dari Penulis

TIGA Ahli Dewan Undangan (ADUN) daripada Parti Warisan (Warisan) iaitu ADUN Kunak Norazlinah Arif, Mohammad Mohamarin (Banggi), dan Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) mengumumkan keluar parti hari ini.

Norazlinah juga merupakan Ketua Wanita Warisan, manakala Mohammad dan Chong masing-masing adalah Ahli Majlis Tertinggi parti itu dalam kenyataan bersama hari ini berkata mereka kekal sebagai ADUN Bebas dan menyokong Kerajaan Sabah, di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Mereka menjelaskan tindakan itu dilakukan setelah memperhalusi dan mempertimbangkan pelbagai aspek dari segenap sudut termasuklah hala tuju gabungan parti di Sabah dan pandangan akar umbi di kawasan yang mereka wakili.

“Kami berpandangan bahawa sudah tiba masanya polemik politik dan juga sebarang tindakan untuk mewujudkan ketidakstabilan kepada kerajaan perlu dihentikan kerana ia memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat.

“Kami akan bekerja bersama-sama Ketua Menteri (Hajiji) dan kerajaan negeri untuk meneruskan momentum positif pembangunan negeri dan peningkatan hasil negeri melalui hala tuju Sabah Maju Jaya,” menurut kenyataan itu.

BERITA BERKAITAN Warisan tak desak, Hajiji perlu letak jawatan secara terhormat – Shafie Apdal

Ketiga-tiga ADUN berkenaan juga mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk di peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi.

Tindakan tiga ADUN itu menyebabkan Warisan kini mempunyai 16 ADUN di Sabah, serta satu di Selangor manakala Kerajaan Sabah pimpinan Hajiji pada masa ini mendapat sokongan majoriti 47 ADUN.

Tiga ADUN berkenaan juga berharap tindakan itu dapat membantu mereka meneruskan khidmat lebih baik kepada masyarakat yang diwakili.

Mereka juga mengucapkan terima kasih dan memohon maaf kepada Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, rakan seperjuangan dan penyokong parti.

“Kami juga bertekad untuk terus memberi tumpuan dan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat di kawasan kami khasnya dan Sabah serta Malaysia amnya,” menurut kenyataan itu.

Bernama sudah cuba menghubungi ketiga-tiga ADUN itu untuk mendapatkan komen lanjut, namun tidak berjaya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This