Anggota komando dikhuatiri lemas ketika jalani kursus juruselam

Dari Penulis

SEORANG anggota Tentera Darat dipercayai daripada Rejimen Gerak Khas (komando) dikhuatiri lemas ketika melakukan kursus juruselam di perairan Pulau Undan, Melaka, petang tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Syakirin Ismail berkata, anggota berkenaan, Lans Koperal Edrin Baintim, 25, sedang menjalani kursus tersebut dengan membawa bersama peralatan menyelam.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.31 petang sebelum menggerakkan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Melaka Tengah bersama 16 anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan operasi di tempat kejadian, benar terdapat seorang mangsa lelaki berumur 25 tahun yang juga anggota tentera unit komando telah lemas.

“Mangsa dipercayai lemas bersama peralatan menyelam semasa menjalani kursus juruselam di kawasan perairan Pulau Undan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Tambahnya, setakat pukul 8 malam tadi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih dijalankan oleh pasukan bomba.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This