TIADA rakyat Malaysia dilaporkan terjejas susulan kejadian gempa bumi yang melanda Syria, semalam.
Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan hari ini.
Menurut Zambry, beliau menerima laporan daripada Konsul Kehormat Malaysia di Syria berhubung perkara tersebut.
Pada masa sama, beliau berkata, Malaysia sedang bersedia untuk menghulurkan bantuan diperlukan bagi meringankan beban penduduk yang terkesan akibat gempa bumi semalam.
“Saya terkejut dengan berita gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda Syria dan Turkiye hingga mengakibatkan lebih 1,400 individu meninggal dunia di Syria.
“Saya mengucapkan takziah dan simpati kepada mangsa serta keluarga serta kepada kerajaan dan rakyat Syria,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Lebih 2,300 terbunuh di Turkiye, 1,300 di Syria, Ankara umum berkabung tujuh hari
Dalam pada itu, Zambry turut menasihati rakyat Malaysia yang berada di Syria supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan memandangkan gegaran susulan dijangka berlaku.
Beliau turut meminta rakyat Malaysia di Syria mendengar nasihat terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.
Untuk bantuan, Zambry berkata rakyat Malaysia boleh menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria melalui telefon di nombor +963 93324 5555 atau e-mel [email protected].
Mereka juga boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Beirut melalui telefon di nombor +961 1787 144/166 atau e-mel [email protected] dan Kedutaan Malaysia di Amman di +962 6 590 2400 atau e-mel [email protected].
Dua gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 dan 7.6 telah melanda selatan Turkiye pada Isnin yang turut menjejaskan negara jiran Syria.
Menurut kemas kini terbaru yang dikeluarkan Agensi Anadolu, bencana itu sudah meragut sekurang-kurangnya 3,419 nyawa di Turkiye manakala 1,559 orang terbunuh di Syria.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

