Kerajaan bincang calon Peguam Negara baharu

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

TEKA-teki tentang siapakah calon yang diangkat untuk menggantikan Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara masih belum diputuskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan dibincangkan kelak.

“Kita akan bincang,” katanya ringkas pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan sudah mempunyai calon menggantikan Idrus selepas kontraknya berakhir, bulan depan.

Idrus dilantik sebagai Peguam Negara secara kontrak selama dua tahun bagi menggantikan Tan Sri Tommy Thomas bermula 6 Mac 2020 sebelum disambung setahun lagi bermula 6 Mac tahun lalu.

Tiga nama disebut-sebut sebelum ini untuk menggantikan Idrus dan dikatakan sudah dikemukakan ke pejabat Perdana Menteri.

Mereka adalah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Kamaludin Md Said dan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin serta Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This