PEMILIK kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau ‘roadtax’ dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian secara fizikal mulai hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pemandu boleh menggunakan mod paparan LKM digital (e-LKM) dan LMM digital (e-LMM) menerusi langkah pendigitalan dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Katanya, inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal bagi rakyat Malaysia.
“Kita akan mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya sebelum peluasan pelaksanaannya ke fasa-fasa seterusnya,” katanya seperti dilapor Astro Awani.
Baca artikel lain: Remaja lembam lemas ketika mandi di Sungai Kombat
Beliau berkata demikian dalam sidang media, hari ini.
Bagaimanapun, Anthony berkata, bagi pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia, mereka masih boleh memperoleh atau mengekalkan amalan memapar pelekat atau kertas LKM dan menggunakan kad fizikal LMM dalam tempoh interim, sehingga hujung tahun ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

