
BEBERAPA universiti memaparkan musim peperiksaan akhir masing-masing. Masih begini rupanya.
Tidak banyak berbeza dengan peperiksaan awam di sekolah.
Susun kerusi mejanya dengan jarak yang tepat, dewannya besar, pengawasnya mundar-mandir memastikan tiada yang meniru, peraturan peperiksaannya yang ketat, wajah cemas pelajar tersengguk atas meja, ketepatan masa peperiksaannya, sama macam di sekolah.
Tidak banyak berbeza dengan universiti di tahun 70-an.
Perubahan memang sukar. Mencabar kelaziman, berubah daripada tradisi memang sukar.
Kalau tradisi peperiksaan akhir masih kekal, bagaimana pula dengan proses pengajaran dan pembelajaran? Bagaimana pula penilaiannya?
Baca artikel berkaitan: Menjawab Rafizi: Membendung Kenaikan Harga dengan Penurunan Permintaan?
Terlalu banyak laporan dalam dan luar negara yang menyatakan apa yang kurang dalam lepasan graduan yang institut pengajian tinggi (IPT) hasilkan.
Saya yakin kaedah peperiksaan dan penilaian begini tidak mampu menangani kekurangan yang dilaporkan.
Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi di awal amanatnya baru-baru ini menyatakan banyak perkara yang telah berubah. Pendidikan tinggi mesti berubah untuk disesuaikan dengan keperluan semasa dan mendatang.
Rakan-rakan IPT, masa untuk berubah. Maaf saya menyuarakan dari hati.
PENULIS adalah Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif (MINDA-UKM). Beliau kini merupakan Sarjana Fulbright di Kennedy School, Harvard University, Amerika Syarikat
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram