Terkait isu curang yang didedahkan oleh isteri, Hafidz Roshdi sindir netizen

Dari Penulis

PELAKON Hafidz Roshdi memuat naik hantaran berbaur sindiran di akaun Instagram miliknya yang ditujukan kepada netizen.

Ia susulan, netizen menyerang ruangan komen media sosialnya selepas isteri pelakon Mr Donat Karamel itu, Nurul Shuhada Mat Shukri bertindak membongkar kecurangannya dengan wanita lain.

“Tengah komen kat bawah ke tu?,” tulis Hafidz di ruangan kapsyen berserta gambar dirinya sedang duduk mencangkung dengan jarinya menunjukkan ke arah lantai.

Pelakon berusia 29 tahun itu seolah menyindir warganet yang ‘hadir’ ke ruangan komen untuk membahaskan isu dirinya yang didakwa curang.

Netizen meninggalkan komen nasihat kepada Hafidz untuk tidak mengecewakan hati isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Selain itu, netizen juga memberi peringatan kepada Hafidz untuk sentiasa menghargai pengorbanan Shuhada yang setia disisinya dari dia belum lagi bergelar selebriti.

Terdahulu, Shuhada meluahkan perasaannya di Instagram Story terhadap wanita yang menjadi penyondol hingga membuatkan kebahagiaan rumah tangga mereka dirampas oleh orang ketiga.

Lebih membuatkan Shuhada bengang apabila wanita itu juga tanpa rasa malu pernah datang ke rumah mereka.

Shuhada yang menggunakan akaun nama @shushukrii itu turut rasa terkilan dan akui dirinya bodoh kerana terlalu mempercayai individu terbabit sehingga anak-anak yang masih kecil turut terheret menjadi mangsa keadaan.

Sebelum ini, nama Hafidz juga pernah dikaitkan dengan kontroversi seorang pelakon lelaki kantoi dengan isteri selepas bermesej lucah dengan wanita lain.

Walau bagaimanapun, Hafidz tampil menafikan dakwaan tersebut dan mengakui tidak pernah curang dengan isterinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This