TINDAKAN seorang lelaki mengiklan penjualan anak buaya air tawar di TikTok membawa padah apabila rumahnya diserbu pihak berkuasa semalam.
Memetik laporan National News of Bureau of Thailand, Jabatan Perikanan Phuket bersama pegawai daerah Thalang telah menyerbu kediaman suspek yang terletak di Moo 8, Sri Soonthorn, Thalang, Thailand.
Hasil pemeriksaan menemui 22 ekor buaya air tawar dikurung di dalam ruangan berkaca dipercayai sedia untuk dijual kepada pelanggan.
Siasatan awal mendapati suspek, Theeradet, 35, mempunyai lesen untuk menjual haiwan liar yang diperoleh daripada pembiakan.
Baca artikel : Penduduk gempar dua ekor buaya air masin masuk kampung
Bagaimanapun, lesen tersebut telah tamat tempoh pada 9 September 2022 dan suspek tidak membuat permohonan baru.
Malah, suspek juga mengaku menjual anak buaya menerusi media sosial tanpa lesen.
Difahamkan, memiliki hidupan liar yang dilindungi seperti buaya air tawar tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 17 Akta Pemuliharaan dan Perlindungn Hidupan Liar serta Seksyen 77 Akta Perikanan Diraja 2015.
Suspek telah dibawa ke Balai Polis Thalang untuk didakwa mengikut undang-undang.
Sementara kesemua anak buaya telah dirampas bagi tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

