Polis buru suspek samun berparang di Jalan Mohtar, Kapar

Dari Penulis

POLIS kini memburu suspek samun berparang di tepi Jalan Mohtar, Kapar, Klang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 9.23 malam.

Video tanpa kabur di bawah ⬇️

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang menuju ke keretanya sebelum didatangi seorang lelaki dipercayai berbangsa India dari arah belakang.

“Suspek yang bersenjatakan sebilah parang, berpelitup muka, bertopi dan menaiki kenderaan jenis Honda City berwarna perak telah menarik beg tangan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel: Lelaki terbaring selepas wang tunai RM150,000 disamun dua lelaki

Jelasnya, polis masih membuat siasatan lanjut dan usaha giat dijalankan bagi mengesan suspek terlibat.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Khairolazuan Mohd Supian di talian 0111-6937331.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This