KERAJAAN tidak akan berkompromi dalam membela hak serta kedaulatan negara terutamanya dalam mendepani tuntutan pihak yang mengaku sebagai waris kumpulan Sulu terhadap aset-aset negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pendirian negara kekal, walaupun perlu berdepan dengan tuntutan mereka di negara-negara yang berbeza.
“Pada masa sama Kerajaan juga sedang meneruskan usaha memberi kesedaran pada negara-negara Eropah lain (yang mempunyai aset negara) untuk mengatakan tuntutan ini tidak berasas.
“Tuntutan ini seolah-olah ingin mengugut negara kita dalam konteks ekonomi kerana mereka mungkin ada ‘funder’ yang melihat ada peluang untuk dapatkan keuntungan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Hari Kanser Sedunia peringkat Parlimen Petra Jaya, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Tuntutan Sulu: Malaysia belum terima notis perintah sita aset PETRONAS
Semalam, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam kenyataannya menegaskan bahawa tuntutan oleh pihak berkenaan terhadap dua anak syarikatnya di Luxembourg (Luxcos) sebagai tidak berasas, dan akan terus mempertahankan kedudukannya di sisi undang-undang.
Kenyataan itu merujuk kepada laporan media mengenai tindakan Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu ke atas dua anak syarikat Petronas itu pada minggu ini.
Laporan agensi berita Reuters bertarikh 16 Feb dengan tajuk ‘Petronas units in Luxembourg seized again in US$15 billion arbitration dispute,’ yang menyatakan bahawa bailif mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu bagi unit terbabit, minggu ini.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

