Bersatu mangsa pendakwaan terpilih, Muhyiddin dakwa sudah ‘dirancang’ dan ‘terancang’

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa parti itu menjadi mangsa pendakwaan terpilih selepas Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan dihadapkan ke mahkamah berhubung projek Jana Wibawa.

Ahli Parlimen Pagoh itu mendakwa, pertuduhan rasuah berjumlah RM6.9 juta itu seperti sesuatu yang ‘dirancang’ dan ‘terancang’.

Malah, beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘dalang’ yang mengheret parti itu ke mahkamah.

“Saya rasa sedih kerana buat pertama kali Bersatu di bawa ke mahkamah.

“Kalau saudara ingat kenyataan dikeluarkan Presiden UMNO, dia kata sekarang ini mereka tuduh kami ‘kluster mahkamah’ dan selepas ini akan ada satu kluster baharu, mahkamah juga.

“Itu sudah macam satu perkara yang sudah awal-awal (pre-emptive). Apa yang berlaku ialah apa yang saya fikir dirancang dan terancang serta niatnya pasti tidak baik,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Projek Jana Wibawa: Wan Saiful didakwa minta, terima rasuah RM6.9 juta

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menegaskan, setiap parti politik memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti parti.

Justeru, kata beliau, Perlembagaan parti membenarkan sumbangan diterima daripada ahli, orang ramai dan individu yang menyokong perjuangan parti seperti Bersatu termasuk dana diterima daripada ahli-ahli perniagaan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, setakat ini tidak ada satu pun undang-undang khusus untuk pembiayaan politik di Malaysia.

Malah, beliau berkata, parti-parti politik dalam kerajaan terutama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga menerima sumbangan orang ramai tetapi tiada pemimpin parti itu didakwa di mahkamah.

“Hari ini Bersatu telah menjadi sasaran pendakwaan terpilih, menerima sumbangan dana politik tiba-tiba telah menjadi satu kesalahan jenayah.

“Beberapa orang pemimpin Bersatu telah didakwa di mahkamah kerana menerima sumbangan dana untuk menjalankan aktiviti parti.

“Pendakwaan terpilih ini berlaku ketika kerajaan PH dan BN dilihat semakin gagal dalam menyelesaikan masalah rakyat dan bakal ditolak dalam pilihan raya di enam negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This