Kabel lampu stadium dicuri: Perlawanan sulung Perak, Kedah FC kekal seperti biasa Sabtu ini

Dari Penulis

KES kecurian kabel lampu limpah hampir pasti tidak akan menghalang Perak FC daripada beraksi di laman sendiri, pada aksi pembukaan Liga Super 2023 menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC) di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam yang kesal dengan insiden kecurian kabel salah satu tiang lampu limpah di gelanggang keramat Perak itu, berkata pihaknya telah dimaklumkan kerja-kerja menggantikan kabel yang dicuri sedang dilakukan.

Beliau berkata MFL akan terus berhubung dengan Perak, bagi memastikan segala isu dapat diselesaikan sebelum hari perlawanan.

“Kita (MFL) ada beberapa cadangan (pelan kontingensi) tetapi saya tak mahu timbulkan apa-apa spekulasi, keutamaan ialah untuk pastikan perlawanan itu dilaksanakan mengikut jadual sedia ada,” katanya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan MFL dan Al Rajhi Banking & Investment Corporation di Kuala Lumpur, hari ini.

Minggu lepas, tular di media sosial beberapa keping gambar keadaan kotak kabel lampu limpah selepas berlaku kecurian, sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan penyokong The Bos Gaurus yangbimbang perlu menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kesayangan mereka pada sebelah petang.

BERITA BERKAITAN Kedah hanya mampu menang tipis ke atas Penang FC di Darul Aman

Sepak mula Perak dan KDA FC dijadual bermula jam 9 malam.

Pada masa sama, Stuart berkata MFL juga sedang menunggu dokumen diperlukan berkaitan permohonan Terengganu FC (TFC) untuk menjadikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus sebagai gelanggang tuan rumah musim ini.

“Surat pihak ketiga iaitu dari kerajaan negeri yang diperlukan, akan dihantar dalam masa dua atau tiga hari lagi, saya rasa tiada masalah di peringkat TFC kerana mereka pun akan main dua perlawanan pertama di tempat lawan, jadi masih ada masa,” katanya.

Ketika ditanya apakah isu sebenar berhubung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Stuart enggan menjawab dan menyerahkan kepada pengurusan TFC untuk mengulasnya.

Saingan Liga Super 2023 akan membuka tirai Jumaat ini, dengan perlawanan Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan TFC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Sementara itu, pada majlis hari ini menyaksikan bank digital Al Rajhi iaitu Rize menjadi Bank Digital Rasmi Liga Malaysia (Liga-M) 2023, dengan pengguna baharu dan sedia ada layak mendapat potongan harga tiket sebanyak 10 peratus selama tiga bulan, apabila mereka membayar menggunakan kad debit Rize.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This