KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyatakan rasa kecewa dengan pembentangan Belanjawan 2023 yang tidak menyentuh tentang kenaikan gaji kakitangan awam.
Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, Belanjawan 2023 dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat ketika ini.
“Tiada sebarang komitmen yang diberikan oleh kerajaan untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam melalui model gaji dan upah yang mampu meningkatkan pendapatan penjawat awam supaya lebih baik berbanding peningkatan kos sara hidup.
“Faktor gaji dan upah menjadi perkara yang mendesak pada ketika ini kerana kadar semasa dilihat tidak lagi relevan dengan peningkatan kos sara hidup yang naik dengan begitu mendadak terutama melibatkan keperluan asas seperti makanan, kesihatan dan perumahan,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Baca artikel lain: Belanjawan 2023: Sektor kesihatan terima peruntukan kedua terbesar RM36.3 bilion
Adnan menambah, inisiatif memberikan pengurangan cukai pendapatan individu sebenarnya tidak memberi kesan yang besar kepada pendapatan boleh guna rakyat terutama penjawat awam.
“Lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300 melalui pengurangan cukai ini tidak menggambarkan situasi sebenar rakyat di luar sana.
“Penjawat awam ketika ini mengharapkan sebuah sistem saraan yang baharu memandangkan sistem saraan perkhidmatan awam yang digunapakai ketika ini sudah lama tidak dikaji iaitu sejak November 2002 dan tidak sesuai lagi dengan persekitaran ekonomi semasa.
“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kunci kepada negara untuk keluar daripada kancah kos sara hidup ini ialah dengan kaedah meningkatkan gaji dan upah pekerja disamping melaksanakan langkah-langkah mengawal kenaikkan kos sara hidup,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

