Kerajaan Perpaduan sediakan 1,048 unit rumah untuk keperluan belia

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan menerusi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) proaktif untuk membantu belia dengan menyediakan 1,048 unit rumah untuk golongan tersebut.

Insiatif itu dilakukan menerusi pemeteraian perjanjian (MoU) Pembangunan Rumah Transit Belia MADANI (RBM) bersama syarikat BMG Global Sdn Bhd.

KPKT dalam kenyataan hari ini memaklumkan, projek RBM itu akan dibangunan secara subsidi silang oleh pihak kementerian bersama-sama pemaju.

“Syarikat ini akan membangunkan sebanyak 1,996 unit Rumah Mampu Milik (RMM) dengan tawaran RM300,000 kepada rakyat khususnya bagi kumpulan M40.

“Melalui keuntungan daripada hasil jualan ini, pemaju akan membina sebanyak 1,048 unit rumah RBM secara percuma iaitu pulangan timbal balik kepada Kerajaan iaitu 35 peratus daripada keseluruhan unit rumah yang akan dibina. 

“Projek ini akan memberikan impak positif kepada Kerajaan melalui penyediaan sebanyak 3,044 unit rumah untuk rakyat yang akan dibangunkan di atas tanah Kerajaan berkeluasan 12.8 ekar di Kuala Lumpur. 

“Keseluruhan kos pemajuan ini akan ditanggung oleh pihak pemaju,” jelas kenyataan tersebut.

Baca lagi: KPKT iktiraf peranan dan sokongan media

Sementara itu, Timbalan Menteri KPKT, Akmah Nasrullah Mohd Nasir berkata, golongan yang layak menduduki RBM akan ditawarkan secara transit (sewaan).

Jelasnya, ia akan mengambil masa untuk suatu tempoh sekurang-kurangnya dua tahun dan boleh diperbaharui bergantung kepada kelayakan.

Menurut Akmal Nasrullah, inisiatif itu akan memberi keutamaan kepada golongan belia yang berusia di bawah 35 tahun yang baru memulakan kerjaya dengan pendapatan yang minimal. 

“KPKT berharap agar inisiatif ini dapat membantu meringankan beban kewangan bagi tempoh tertentu yang dirasakan cukup oleh kerajaan sebelum individu berkenaan mampu memiliki kediaman 

sendiri. 

“KPKT sentiasa peka dengan isu penyediaan rumah mampu milik terutama dalam kalangan 

golongan muda kerana agenda pemilikan rumah merupakan antara fokus utama kementerian dalam memastikan kesejahteraan rakyat. 

“Ini seiring dengan peranan KPKT dalam memastikan perancangan perumahan yang lebih komprehensif dan berdaya saing yang menjadi salah satu daripada tujuh fokus utama yang telah digariskan oleh KPKT,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This