Wanita cedera parah selepas kerbau melambung atas kereta

Dari Penulis

SEORANG wanita cedera parah selepas kereta yang dinaiki merempuh seekor kerbau di Kilometer 2.6, Jalan Bypass Pasir Puteh ke Tok Bali, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 11.10 malam.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan pemandu seorang lelaki Melayu berusia 27 tahun bersama mangsa yang berada di tempat duduk hadapan dan tiga kanak-kanak di tempat duduk belakang.

“Akibat kemalangan itu, kerbau telah melambung lalu menghempap bumbung kereta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Polis kesan penunggang motosikal langgar lari pejalan kaki

Jelasnya pemandu dan penumpang belakang hanya mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Mohd Jalani Mokhtar di talian 019-9899469.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Putra tidak bertanding, dukacita layanan PN

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat keputusan muktamad untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perkara itu dinyatakan...

More Articles Like This