KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi membina baharu dan menaik taraf 3,000 gerai dan kiosk di seluruh negara.
Perkara tersebut terkandung di bawah inisiatif kedua iaitu kemudahan penjaja dan peniaga kecil dalam Ikhtiar Kedua: Memenuhi Keperluan Ekonomi Rakyat Belanjawan 2023.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyediaan peruntukan itu sebagai kemudahan bagi penjaja kecil yang berniaga di seluruh negara.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau mahukan negara terkenal dengan kemudahan penjaja, gerai dan warung yang bersih serta indah.
“Saya sering tegaskan apa guna kita punyai gedung-gedung besar tetapi rakyat yang hidupnya berniaga kecil-kecilan tidak diambil peduli.
“Ekonomi rakyat perlu dimartabat, keperluan mereka hendaklah dipenuhi. Negara sudah cukup berselirat dan terkenal dengan projek mega dan mercu tanda tetapi saya juga mahukan negara terkenal dengan kemudahan penjaja, gerai dan warung yang bersih dan indah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Belanjawan 2023: RM1.2 bilion untuk baiki 400 klinik dan 380 sekolah daif
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, sejumlah RM176 juta turut disediakan bagi menaik taraf premis dan kemudahan perniagaan.
Katanya, premis dan kemudahan perniagaan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara); Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL); Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).
Pada masa sama, Anwar berkata, kerajaan turut bersetuju mengurangkan kadar cukai perusahaan kecil dan sederhana (PMKS) daripada 17 peratus kepada 15 peratus.
“Ia merangkumi kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi RM150,000 pertama.
“Pengurangan ini dapat memberi penjimatan sehingga RM3,000 kepada setiap 150,000 pembayar cukai PMKS,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

