DUA remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan polis selepas video mereka menghina kertas soalan Sejarah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kedua-dua remaja itu ditahan selepas pihaknya menerima satu laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun, pada pukul 10.53 pagi semalam.
Katanya, pihak polis telah melakukan serbuan ke rumah remaja berkenaan dan merampas satu unit telefon berjenama iPhone.
“Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dan semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Sebelum itu kecoh di media sosial memaparkan seorang murid lelaki memakai seragam sekolah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan Sejarah.
Murid itu juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan serta menghina Singapura.
Mereka kemudian memuat naik satu video memohon maaf selepas ia tular yang mendapat kecaman pelbagai pihak.
Sehubungan itu, Suffian menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran video terbabit yang menimbulkan kegusaran dan mengelirukan masyarakat sehingga tercetusnya perbalahan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

