Ahmad Maslan tak tanding Naib Presiden, cabar Hasni di Pontian

Dari Penulis

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan tidak akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan bulan depan.

Ahmad akan mempertahankan kedudukan di dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, selain mencabar bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad bagi jawatan Ketua UMNO Pontian.

“Ya, saya mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian dan borang pencalonan akan dihantar petang esok (petang ini) di Pejabat UMNO Bahagian Pontian,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Ahmad merupakan timbalan kepada Hasni yang telah memimpin UMNO Pontian sejak tahun 2001.

Mengulas mengenai keputusan tidak merebut jawatan Naib Presiden, Ahmad berkata, ini kerana sudah terdapat tiga calon dari Johor menjadi calon untuk memenanginya.

Baca artikel lain: PRN: Agihan kerusi dijangka diumum hujung Mac – Fahmi

“Kalau saya masuk akan menjadi empat orang, dari segi layak, saya memang layak, kerana telah lama dalam UMNO, pernah menjadi Ketua Penerangan UMNO dan sekarang Setiausaha Agung UMNO.

“Saya perlu melihat realiti, jika terlalu ramai dari satu negeri, peluang untuk menang adalah tipis dan ia akan memecah undi. Pihak di luar sana pun akan melihat mengapa ramai sangat calon dari Johor,” katanya.

Turut merebut jawatan Naib Presiden adalah Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ketua UMNO Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jentera Pas kawasan ditandingi Bersatu diarah bantu DUN lain

JENTERA Pas yang berada di kawasan ditandingi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

More Articles Like This