Kepala dalam periuk sup, 4 suspek pembunuhan kejam model Abby Choi didakwa

Dari Penulis

EMPAT suspek pembunuhan model dan selebriti media sosial Abby Choi, didakwa di Mahkamah Hong Kong, hari ini.

Memetik laporan The Straits Times, mereka yang didakwa termasuk bekas suami Abby Choi iaitu Alex Kwong, abang serta bapa kepada Alex.

Malah, mahkamah juga tidak membenarkan jaminan ke atas keempat-empat suspek.

Perbicaraan kes ditangguhkan pada 8 Mei nanti.

Baca artikel : Bunuh skandal kekasih selepas rahsia hubungan sulit terbongkar

Sebelum itu, media melaporkan Abby Choi dilaporkan hilang pada Selasa dan anggota badannya ditemui di dalam peti sejuk di sebuah rumah dekat kampung Lung Mei, kira-kira 27 kilometer dari lokasi kali terakhir dilihat.

Kemudian, polis Hong Kong berjaya menemui kepala Abby Choi di dalam sebuah periuk sup di rumah berkenaan disertai dengan cebisan daging cincang dan lobak merah.

Difahamkan, tengkorak terbabit masih dalam keadaan sempurna namun terdapat percubaan untuk menghancurkannya.

Malah, rambut Abby tidak lagi melekat pada tengkorak yang sudah dimasak itu.

Polis masih mencari lengan dan anggota badan mangsa yang masih hilang.

Selain itu, polis juga menemui pengisar daging, gergaji elektrik, sebuah beg tangan milik Abby dan dua kaki wanita di dalam peti sejuk terbabit.

Antara yang ditahan ialah bekas suami mangsa Alex Kwong, bapa dan abangnya atas tuduhan membunuh manakala ibu Kwong didakwa kerana menggangu proses keadilan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This