Isu belia dalam TVET, kesesakan hospital kerajaan dibangkit di Dewan Rakyat hari ini

Dari Penulis

ISU keterlibatan belia dalam program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), reformasi sistem dan institusi negara serta kesesakan hospital kerajaan antara dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, perkara berkenaan akan dijawab Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) sejurus mesyuarat Dewan Rakyat bermula 10 pagi.

Pada sesi berkenaan, Young Syefura Othman (PH-Bentong) bertanyakan Perdana Menteri mengenai usaha kerajaan dalam meningkatkan keberkesanan TVET, sementara Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mahu tahu sama ada kerajaan bercadang melakukan proses perundingan yang inklusif bagi melaksanakan agenda reformasi sistem dan institusi negara.

Baca artikel lain: Subsidi telur ayam diteruskan hingga Jun 2023

Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) pula bertanyakan mengenai langkah kerajaan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan negara ekoran kesesakan yang berlaku di hospital kerajaan ketika ini.

Turut menjadi tumpuan adalah persoalan sama ada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan diperkenalkan semula atau tidak.

Soalan itu dibangkitkan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) kepada Menteri Kewangan pada sesi soal jawab.

Selesai sesi soal jawab, Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar bagi hari kedua.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This