Kalau kerajaan jatuh lagi bukan ‘tebuk atap’ tapi ‘atap bocor’, kata Abdul Hadi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“KALAU jatuh lagi, jangan salahkan kami. Bukan ‘tebuk atap’ tapi ‘atap bocor’.”

Ingatan itu disuarakan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang kepada kerajaan ketika ini supaya tidak menyalahkan pembangkang sekiranya pentadbiran hari ini jatuh sekali lagi.

Menurut Abdul Hadi, Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu terpaksa menggabungkan semua parti-parti kecil dan ‘berpenyakit’.

“Selepas PRU-15, parti-parti komponen PH mempunyai jumlah kerusi yang tidak mencukupi dan terpaksa menggabungkan semua parti-parti kecil dan segala yang berpenyakit bagi mencukupkan jumlahnya dalam kerajaan yang bergelora sebagaimana disaksikan rakyat.

“Kalau jatuh lagi, ini disebabkan ‘pintunya terbuka’ dan dindingnya pecah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Demokrasi ala barat haramkan Islam berkuasa semula – Hadi Awang

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas mendakwa Perikatan Nasional (PN) telah menunjukkan prestasi baik walaupun mengambil alih kerajaan dalam jangka masa singkat sewaktu pandemik COVID-19 melanda sebelum ini.

Kata beliau, kebanyakan penduduk luar bandar merangkumi Melayu dan bumiputera memberi sokongan kepada PN serta parti-parti Sarawak dan Sabah.

“Ada pun PH mendapat sokongan penduduk bandar dan campuran yang didukung bukan Melayu dan bumiputera.

“Maka, tindakan PH yang membelakangi kawasan PN, Sabah dan Sarawak tak mampu mengubah keadaan.

“Apabila pengundi muda dan luar bandar menunjukkan protes pada Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 kerana kesilapannya dan menolak PH kerana pembohongan janji serta manifestonya, mereka kemudian telah memberi sokongan kepada PN.

“Kejayaan menukar kerajaan bukan ‘tebuk atap’ tetapi ‘atap bocor’ dan dinding kacanya yang berkecai,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This