BOMBA mengambil masa hampir tujuh jam bagi memadam kebakaran melibatkan stor barangan pembinaan kondominium di Jalan Teknokrat 1, Cyberjaya, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.47 pagi.
Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Dengkil serta Kuala Lumpur dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba 12 minit kemudian dan mendapati kepulan asap hitam telah memenuhi ruangan di tingkat 5 bangunan.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Satria Neo terbakar selepas tangki minyak kereta bocor
Jelasnya, asap berpunca daripada ruangan bawah tanah dan berlaku kebakaran di stor simpanan barangan.
“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 10.40 pagi.
“Proses pengudaraan telah dilakukan bagi mengeluarkan asap yang terperangkap dalam bangunan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

