WALAUPUN memilih pendekatan demokrasi yang dikira sinonim dengan Islam, tetapi demokrasi ala Barat hakikatnya mengharamkan Islam berkuasa semula, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, hal itu dapat dilihat apabila Pas yang mendapat kerusi Parlimen paling banyak dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun diketepikan oleh kumpulan yang bersatu menentang Islam.
“Islam tetap dihalang di mana sahaja di seluruh dunia, walaupun telah memilih pendekatan demokrasi yang dikira sinonim dengan Islam. Namun, demokrasi ala Barat hakikatnya mengharamkan Islam berkuasa semula.
“Alasan di sini kerana PAS mendapat kerusi paling banyak, walaupun PAS sedia berta‘awun dengan semua kumpulan yang tidak ekstrem.
“Maka, terciptalah satu kumpulan Ahzab (barisan, parti dan kumpulan) yang berbeza ideologi dan niat yang tidak ikhlas, bersatu untuk menentang Islam yang pernah dihadapi oleh generasi awal dengan penuh keimanan,” katanya dalam perkongsian di media sosial hari ini.
Baca lagi: Jemaah haji, umrah tak mengundi dibimbangi melakukan dosa besar – Hadi Awang
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, fenomena umat Islam di seluruh dunia ketika ini adalah sedang dihalang kebangkitannya untuk berkuasa dengan serangan pelbagai fitnah serta penipuan bagi mengelakkan Islam dan umatnya berdaulat.
Beliau berkata, hanya mereka yang buta al-Quran sahaja tidak mengambil iktibar dan petunjuk sehingga terpengaruh dengan media tanpa ilmu dan hidayah yang tersebar.
Dalam pada itu, Abdul Hadi turut melihat gelombang kebangkitan anak muda Melayu Islam dalam PRU15 yang telah memenangkan Perikatan Nasional (PN) sebagai perkara yang positif.
Katanya, hal itu kerana anak muda Melayu Islam sudah cakna politik sehingga mereka menolak segala habuan kebendaan serta slogan kuat menipu kononnya menentang rasuah dan salah laku dengan propaganda yang hebat.
“Ketika itu, dipaparkan sokongan para profesor dan ilmuwan yang nyata berilmu tetapi kecil akalnya, semata-mata bagi menggoda anak muda.
“Selain itu, turut digunakan segala media sosial yang canggih tanpa sempadan dan banyak ditaburkan janji bohong yang lama tidak ditunaikan lagi dan janji yang baharu tidak tertunai.
“Semua tawaran tersebut ditolak oleh anak muda yang ditipu ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, dan sekali gus menolak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-15.
“Sehinggakan, pencapaian kerusi mereka (PH) bergantung kepada undi bukan Islam, manakala BN pula bergantung kepada warga tua di saluran satu yang terlebih makan garamnya,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

